Kenangan di Menumbok Sabah.
Kenangan yang pastinya mencuit perasaan, aku yang takut dengan air laut boleh menaiki bot laju dari pantai menumbok ke pulau labuan. Bot kecil yang membawa aku bersama beberapa penumpang yang lain meluncur laju, sesekali air laut menyimbah masuk ke perut bot. Kecut perut aku dibuatnya. Keadaan bot yang boleh membuatkan perutku mual..aku sampai ke pulau labuan. dalam masa hampir 40 minit . Melihat pulau bebas cukai dengan aktiviti ekonominya teruja untuk ku bershoping di situ. Walau hanya setengah hari berada di labuan, memadai bagiku. Pertamanya aku dapat menjelajah keseluruh bandar labuan dengan bantuan seorang teman yang menunggu kami. Andai aku datang ke sini lagi..
Dan aku bertiga boleh sampai ke menumbuk dari kota kinabalu dengan menaiki kereta .. aku rasa aku tidak akan membuat tindakan begitu nekad lagi kerana sepanjang aku memandu di perjalanan itu hatiku begitu gusar..maklumlah tempat orang yang tidak pernah ku deru, jauh ribuan batu dari kampong halaman ku. Cukuplah sekali dan Tuhan mengizinkan aku kembali kepangkuan keluargaku..
Walau di mana aku berada keluargaku jua yang tetap dalam ingatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan